Posts

Hari ESG Senari Synergy Group 2023 Berlangsung Dengan Jayanya

Image
KUCHING: Hari ESG (Kelestarian Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus) Senari Synergy Group 2023 telah berlangsung dengan jayanya di IOT Management Sdn Bhd di Jalan Bako baru-baru ini. ESG ialah rangka kerja yang digunakan untuk menilai amalan perniagaan dan prestasi organisasi dalam pelbagai isu kemampanan dan etika. Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Dr Hazland Abang Hipni dalam ucapannya menekankan bahawa pelaburan dalam ESG kini mendapat tarikan daripada kalangan pelabur.  Katanya ia adalah piawaian yang mesti dipatuhi oleh syarikat untuk memenuhi tanggungjawab korporat dan sosial mereka dan melalui pematuhan piawaian ESG, ia akan menjadi nilai tambah bagi syarikat untuk menarik lebih banyak pelaburan. "Dari segi alam sekitar pula, sesebuah syarikat akan dinilai melalui keupayaannya mengurus kelestarian alam sekitar termasuk dari sudut penggunaan sumber tenaga diperbaharui, kawalan sisa pembuatan (jadual pengurusan sisa), pengurusan sumber air dan sebagainya. &

Enam Kluster Baharu Covid-19 Dikesan, 2 Di Tawau

Image
KUALA LUMPUR – Sebanyak enam kluster baharu Covid-19 telah dikenal pasti hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah. Kluster pertama adalah Bot Biru melibatkan daerah Tawau di Sabah, katanya. Sehingga kini beliau memaklumkan seramai 23 individu telah disaring manakala 17 kes telah dikesan positif Covid-19. “Kedua, Kluster Blik 31, kluster ini melibatkan daerah Tawau di Sabah. Sehingga hari ini, sejumlah 26 individu telah disaring di mana 13 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini. Seterusnya adalah Kluster Gemilang di Johor Bharu, kata Noor Hisham telah menyaring 95 individu dan 26 daripadanya dikesan positif pandemik berkenaan. “Seterusnya Kluster Tapak Bina Sungai Udang melibatkan para pekerja sebuah tapak pembinaan dalam daerah Kepong di Kuala Lumpur. Sehingga hari ini, sejumlah 196 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif,” tambah Noor Hisham. Kelima adalah Kluster Chengal melibatk

Sarawak tuntut peruntukan khas yang adil daripada Kerajaan Persekutuan

Image
KUCHING : Sarawak akan terus menuntut peruntukan khas yang adil daripada Kerajaan Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perkara 112 Perlembagaan Persekutuan. Menurut Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, rundingan mengenai perkara itu belum lagi selesai meskipun Kerajaan Persekutuan telah memberikan RM36 juta sebagai peruntukan khas kepada negeri ini. “Saya telah mempersoalkan semula untuk mendapatkan angka RM36 juta ini dan formulanya belum jelas dan belum diberitahu,” jelas beliau dalam temu bual dengan Sarawak Voice di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini. “Ini kerana saya berpandukan kalau kedudukan kewangan Malaysia baik, maka sudah tentunya ada formula untuk diberi kepada Sarawak,” katanya, sambil menambah, kalau keadaan kewangan tidak baik pula, akan ada formula tertentu. “Bagi saya, mesti ada formula untuk mendapatkan peruntukan khas yang sepatutnya diberi kepada Sarawak mengikut Artikel 112 Perlembagaan Persekutuan,” jelasnya. Ab

Trump pakai pelitup muka kali pertama di khalayak ramai

Image
WASHINGTON : Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memakai pelitup muka untuk kali pertamanya di khalayak ramai, hari ini sekali gus menunjukkan beliau terpaksa tunduk kepada tekanan kuat supaya memberikan contoh terhadap kesihatan awam di saat negara itu diancam teruk COVID-19. Menurut rakaman berita di televisyen, Trump dilihat memakai pelitup muka berwarna hitam ketika beliau berjalan di koridor hospital tentera Walter Reed, di luar Washington bagi bertemu dengan veteran yang cedera. Trump yang berjalan merentas wartawan, bagaimanapun tidak berhenti untuk membuat kenyataan berhubung tindakannya itu yang memang dinanti-nantikan selama ini, iaitu perubahan dilakukannya terhadap amalan disarankan oleh pakar perubatan kerajaan, walaupun beliau menolaknya sebelum ini. "Saya rasa sangat bagus memakai pelitup muka. Saya tidak pernah menentang pemakaian pelitup muka, namun saya percaya ada masa dan tempatnya, " kata Trump sebaik sahaja meninggalkan Rumah Pu

Solat Jumaat pertama di Hagia Sophia, 24 Julai ini

Image
ISTANBUL : Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan memaklumkan umat Islam akan bersolat Jumaat yang pertama, di Hagia Sophia selepas Mahkamah Tinggi membatalkan status muziumnya, pada 24 Julai ini. "Dengan kuasa Tuhan, kita akan melakukan solat Jumaat bersama-sama pada 24 Julai dan membuka Hagia Sophia untuk beribadah. "Seperti semua masjid kita, pintu Hagia Sophia akan dibuka kepada semua penduduk tempatan dan orang luar, Muslim dan bukan Muslim.," kata Erdogan. Sebelum ini, bangunan berkenaan membenarkan semua penganut agama untuk bermeditasi dan menikmati keindahan seni bina bangunan yang dibina sejak kurun keeenam. Bangunan itu ditukar kepada masjid pada 1453 ketika Uthmaniah menawan Istanbul atau dikenali sebagai Constantinople. - AFP

Rossi Has Signed Petronas Yamaha Deal To Stay In MotoGP

Image
VALENTINO ROSSI is ready to extend his time in the MotoGP World Championship with the Petronas Yamaha squad, with the nine-time world champion expected to announce a two-year deal at next week’s opening round of 2020 at Jerez. Rossi has been in talks with the Malaysian-based satellite team for months while the coronavirus pandemic has halted his chances to test out both his abilities and the capability of Yamaha’s 2020 M1 machine, after initially saying that he wanted to take a number of races to make his decision. However, it seems the unusual circumstances of 2020 have prompted him to make the call without any track time, with an announcement now expected to come in the next week, before track action kicks off at Jerez for a double-header season opening. Surprisingly, Rossi is expected to sign for two seasons, aiming to keep racing in MotoGP until at least the end of 2022 and until he turns 43. Yamaha boss Lin Jarvis has already pledged his full support to Rossi

‘Tali gantung’ untuk 6 individu bunuh Kevin Morais

Image
KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman mati terhadap enam tertuduh yang didapati bersalah membunuh mendiang Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais yang mayatnya disimen dalam tong dram lima tahun lalu. Keenam-enam tertuduh itu ialah pakar patologi, Kolonel Dr R Kunaseegaran, 57, selaku tertuduh pertama; pemberi pinjaman wang, S Ravichandran, 49, dan empat penganggur, R Dinishwaran, 28; AK Thinesh Kumar, 27, M Vishwanath, 30, dan S Nimalan, 27. Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Abdullah ketika membacakan penghakimannya berkata, kesemua tertuduh didapati mempunyai niat bersama-sama membunuh Kevin Morais pada September 2015. Kata Azman, pendakwaan juga telah berjaya membuktikan kesemua tertuduh mempunyai niat bersama untuk melakukan pembunuhan ke atas Kevin Morais manakala pembelaan pula telah gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah. “Kes ini juga dianggap penting kerana mendapat liputan meluas dan perhatian umum dari a